Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada ke pembaca blog Eyda yang meminati char koey teow dan tinggal sekitar Kulim, Kedah?
Jika ya, apa kata anda singgah makan di Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim, Kedah ini. Restoran Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim ini baru saja dibuka di lokasi baru ini pada 14 Mac 2018 yang lalu.
![]() |
Sg Dua Char Koey Teow |
Memang agak baru pembukaan Sg Dua Char Koey Teow Cawangan Kulim ini kan. Pembukaan baru ini juga turut menampilkan tambahan menu makanan dan minuman yang baru. Bukan itu saja, konsep restoran juga diubah agar nampak sedikit kelainan kreatif dan klasik.
![]() |
Meja dan kerusi |
![]() |
Hiasan dalaman kedai |
Selain itu, bakul sampah dijadikan hiasan pada lampu. Selain diletakkan batu seperti susunan gabion di dalam sangkar pada setiap tiang di penjuru dan hujung kedai.
![]() |
Lukisan di dinding dapur |
Bukan itu saja, siap ada lukisan di dinding dapur kedai ini. Boleh laa klu ada yang nak selfie di sini. Eyda suka dengan hiasan kedai yang memang menarik perhatian pengunjung ke sini.
ANTARA MENU YANG DISAJIKAN
Menjejaki ke sesebuah kedai makan atau restoran, pastinya menu yang disajikan menjadi perhatian untuk memilih menu yang ingin dijamah.
Memandangkan kami makan di kedai yang menghidangkan char koey teow, pastinya menu char koey teow yang menjadi pilihan utama berbanding menu yang lain.
Char Koey Teow
Menu yang menjadi tarikan di sini pastinya Char Koey Teow Lobster. Fuhh nampak seekor lobster memenuhi pinggan char koey teow.
Bagi Eyda harga RM10.00 sepinggan memang berbaloi dengan rasa yang disajikan. Anak-anak Eyda pasti memesan hidangan ini jika berkesempatan ke sana.
![]() |
Char Koey Teow Lobster |
Jika anda tidak berminat dengan lobster, anda boleh memilih Char Koey Teow Biasa atau Char Koey Teow Kecil. Pilihan biasa bagi yang tidak sukakan kelainan dalam menu char koey teow. Harga sepinggan Char Koey Teow Biasa ialah RM6.00 manakala Char Koey Teow Kecil RM5.00
![]() |
Char Koey Teow Biasa |
![]() |
Char Koey Teow Sotong |
Selain itu, anda juga boleh menikmati Char Koey Teow Special seperti hidangan Char Koey Teow Biasa dan ditambah dengan telur diatasnya. Harga sepinggan ialah RM7.00.
Jika anda sukakan seafood apa kata anda memilih Char Koey Teow Seafood yang berharga RM9.00 sepinggan.
Mungkin ada ahli keluarga atau sahabat anda yang tidak meminati char koey teow, mereka boleh juga memilih menu lain sebagai hidangan pilihan.
Nasi Goreng
Jika sebelum ini kami dah mencuba merasai Char Koey Teow Lobster. Kali ini kami mencuba Nasi Goreng Lobster pula. Harga sepinggan Nagi Goreng Lobster ialah RM11.00.
Bagi tekak kami sedap juga nasi goreng nih. Pakat rasa sorang sikit. Gigih kan kami sanggup ulang beberapa kali singgah ke sini untuk mencuba menu lain yang ada di sini.
![]() |
Nasi Goreng Lobster |
Di sini turut sama ada pilihan Nasi Goreng Udang, Nasi Goreng Sotong dan juga Nasi Goreng Seafood.
Western
Antara menu yang disajikan ialah Chicken Chop. Harga yang sepinggan Chicken Chop ialah RM10.90.
Bagi Eyda rasanya ini agak kurang membangkitkan keinginan untuk ulang makan lagi. Mungkin ketika memasak hidangan Eyda ini diaorang kurang perhatian. Apapun anda boleh cuba kerana salad yang disajikan memenuhi citarasa.
![]() |
Chicken Chop |
Soup
Jika anda inginkan menu ringkas dan ringan. Anda boleh mencuba Mushroom Soup + Garlic Bread. Harganya ialah RM5.90. Memang sedap dan tak menyesal jika anda mencubanya.
![]() |
Mushroom Soup + Garlic Bread |
Minuman
Ada pelbagai jenis minuman yang disajikan di sini. Agak rambang mata untuk memilih minuman di sini.
Beberapa minuman telah pun kami cuba antaranya Bandung Soda. Segelas air ini ialah RM3.00.
![]() |
Bandung Soda |
![]() |
Milo Taboq |
![]() |
Jus Epal |
Harga segelas Nescafe ialah RM 2.20
![]() |
Nescafe |
Minuman yang Eyda telah cuba di sini ialah Lemon Barli. Sedap manis-manis masam rasanya. Sesedap rasa airnya. Harga segelas air ialah RM3.00.
LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN
Sg Dua Char Koay Teow Cawangan Kulim
Lot 193, Jalan Saujana,
Taman Industri Saujana,
09600 Lunas, Kedah
Buka hari Khamis hingga Selasa
Jam 4.00 petang - 2.00 pagi
TUTUP : RABU