Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak sambung balik percutian pendek Eyda bersama anak-anak ke Alor Setar, Kedah sebulan yang lalu.
Seperti biasa bila kita merancang percutian panjang mahupun pendek ke destinasi pilihan, perkara pertama yang akan kita buat ialah menempah tempat penginapan.
Pada mulanya Eyda hanya ingin menempah hotel budget seperti tahun lepas. Tetapi akhirnya mata Eyda tertawan pada satu lokasi yang tidak jauh dari lokasi acara Pelikat Batik Fun Run Alor Setar 2018.
LOKASI PENGINAPAN : SENTOSA REGENCY HOTEL ALOR SETAR
Lokasi yang dimaksudkan ialah Sentosa Regency Hotel Alor Setar. Hotel ini merupakan antara hotel lama yang berada berhampiran pusat bandar Alor Setar, Kedah.
Berada sekitar 800 meter dari pusat bandar merupakan antara lokasi yang baik untuk anda pilih sebagai lokasi penginapan di Alor Setar.
Bagi Eyda hotel ini agak selesa dan Alhamdulillah menjadi rezeki kami bila Eyda dapat menempah bilik hotel ini dengan harga di bawah RM100 menggunakan laman web Booking.com
Selain itu, ia turut disertakan dengan sarapan bagi dua orang di S Bistro. Sekiranya anda menginap lebih dari dua orang, anda boleh menambah kopun sarapan dengan hanya RM8.00 ketika mendaftar masuk. Jika tidak, anda akan dikenakan caj RM20.00 ketika ingin bersarapan esoknya.
Malah anda juga akan diberikan naskah surat khabar setiap hari. Anda diberi pilihan sama ada inginkan surat khabar Berita Harian atau pun Star.
Anda ingin mendapatkan penjimatan lebih untuk mendaftar sebarang pilihan hotel, apa kata anda gunakan Booking.com nih. Anda akan dapat menikmati penjimatan sebanyak 10% dari harga bilik yang ditawarkan ketika anda mendaftar keluar.
Untuk pengetahuan, di Sentosa Regency Hotel ini mempunyai pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih iaitu,
- Standard Room
- Deluxe Room-King
- Deluxe Room-Twin
- Studio Suite-King
- Studio Suite-Twin
- Deluxe Suite
- Setar Suite
- Putra Suite
Alamat dan lokasi Sentosa Regency Hotel bolehlah anda dilihat seperti dibawah.
Sentosa Regency Hotel
250, Jalan Putra, Kampung Lubok Peringgi,
05150 Alor Setar, Kedah
04-730 3999
sentosaregencyhotel.com.my
Harganya RM20 untuk 30 minit. Mesti anak seronok dapat bermain disekitar perkarangan Menara Alor Setar nih
Buih Sabun
Ini juga antara permainan yang dapat anda main bersama anak-anak jika berada di perkarangan Menara Alor Setar nih
Selain itu, ada istana angin untuk anak-anak anda bermain di sini.
LOKASI MAKANAN YANG MENARIK DI ALOR SETAR
Laksa Zakaria Teluk Kechai merupakan laksa yang lain dari laksa yang lain di Kedah atau utara. Ini kerana laksa berasa ini disajikan bersama sambal nyoq atau lebih mudah faham sambal kelapa. Bagi yang menyukai sambal nyoq pastinya menyukai menu.
Aiskacang Salji D'Nalang ialah ais kacang yang cukup halus untuk dinikmati. Eyda dan anak-anak suka aiskacang salji ini kerana teksturnya yang memang halus. Letak saja di dalam mulut, ianya mencair begitu saja. Anda pastinya tidak terasa sehingga ke titisan yang terakhir.
Ini antara tempat dan makanan yang menarik yang ada di Alor Setar. Untuk tempat yang lain, anda boleh baca entry di bawah.
Pusat Sains Negara Wilayah Utara
05150 Alor Setar, Kedah
04-730 3999
sentosaregencyhotel.com.my
LOKASI MENARIK DI ALOR SETAR
Antara tempat yang menarik perhatian anak-anak untuk bermain sekitar perkarangan Menara Alor Setar.
![]() |
Anak gembira dengan motor dan skuter bateri nih |
Harganya RM20 untuk 30 minit. Mesti anak seronok dapat bermain disekitar perkarangan Menara Alor Setar nih
Buih Sabun
Ini juga antara permainan yang dapat anda main bersama anak-anak jika berada di perkarangan Menara Alor Setar nih
![]() |
Suka laa dua beradik nih |
![]() |
Cantik pula belon buih sabun nih |
Selain itu, ada istana angin untuk anak-anak anda bermain di sini.
LOKASI MAKANAN YANG MENARIK DI ALOR SETAR
Laksa Zakaria Teluk Kechai merupakan laksa yang lain dari laksa yang lain di Kedah atau utara. Ini kerana laksa berasa ini disajikan bersama sambal nyoq atau lebih mudah faham sambal kelapa. Bagi yang menyukai sambal nyoq pastinya menyukai menu.
![]() |
Laksa Teluk Kechai |
![]() |
Bungkus bawa pulang |
Aiskacang Salji D'Nalang ialah ais kacang yang cukup halus untuk dinikmati. Eyda dan anak-anak suka aiskacang salji ini kerana teksturnya yang memang halus. Letak saja di dalam mulut, ianya mencair begitu saja. Anda pastinya tidak terasa sehingga ke titisan yang terakhir.
![]() |
Aiskacang Salji D'Nalang |
Ini antara tempat dan makanan yang menarik yang ada di Alor Setar. Untuk tempat yang lain, anda boleh baca entry di bawah.
Pusat Sains Negara Wilayah Utara